I CAN SPEAK, I CAN HEAR, I CAN SEE, I CAN SMELL, I CAN HEAR, I CAN SENSE?-NO I DON'T BELIEVE IN 6TH SENSE
Thursday, April 15, 2010
Makan Maggie time Blackout kat kolej
Tabiat memakan Maggie di kalangan belia amat membimbangkan, lebih-lebih lagi bila suasana menjadi gelap tanpa cahaya. Banyak kejadian ‘blackouts’ terjadi di kolej 12 baru-baru ini, ada beberapa buah komputer dan komputer riba yang mengalami kerosakan kecil pada disk memori. Banyak tugasan musnah dan harus dibuat semula. Penghuni aras 5, dikhaskan untuk guru-guru pelatih dari maktab, mengalami situasi kemarahan yang amat melampau, tetapi hanya satu yang mampu meredakan suasana itu, iaitu memakan Maggie beramai-ramai. Tabiat ini berlaku disebabkan oleh 3 perkara: 1)elaun dah tak ada, 2)muak dengan makanan kafeteria dan malas keluar, dan 3)saja makan bila stress. Apabila ada Maggie terhidang, semua mesti mahu memakannya. Ini bukan topik yang hendak dibincangkan. Topik sebenar adalah apakah kejadian-kejadian yang menghampakan bila memakan Maggie bila ‘blackouts’ melanda.
Kejadian 1
Seorang Junior mengaum ganas apabila cahaya disedut dan seluruh bangunan jadi gelap kerana dia sedang menyediakan Maggie Mi Sedap (Goreng). Dia mengaum ganas kerana dia ingin memasukkan sos ke mi itu tetapi disebabkan perasaan takut kepada kegelapan, dia terkejut dan tercampak sos itu. Dia tidak dapat memakan Maggie gorengnya. ‘Blackouts’ selama 10 minit menyebabkan Maggie itu sejuk. Bila cahaya tiba, dia terkejut melihat sos yang dicampaknya itu berada di himpunan seluar dalam terpakai(hahahahhahahahahhaaaa)
Kejadian 2
Seorang Senior sedang menyediakan Maggie. Tiba-tiba, cahaya disedut. Senior itu tidak terkejut tetapi terlampau memaki hamun. Dan dia terkentut di hadapan Maggienya…Adakah dia akan memakannya?...ya, dia makan Maggie itu sebab bukan kentut manusia lain yang mengharumkan Maggie yang disediakannya. (hahahaaaahhahahah)
Kejadian 3
Seorang Senior sedang menyiapkan tugasan yang akan dihantar kepada pensyarah esok pagi dan sedang menunggu Maggie Ayamnya kembang dan masak di sisi meja. Cahaya disedut. Komputer mati. Semua menjadi gelap. Hanya jeritan senior-senior dan junior-junior kedengaran di aras 5. Senior itu amat bengang dan berasa sakit hati. Dia menghempaskan kedua-dua tangannya di papan kekunci (keyboard) sehingga Maggie Ayamnya tertumpah ke katilnya. Habis! Bertambah bengang dan sungguh mengecewakanlah hidup senior ini. Dia memaki hamun selama 3 minit. Cahaya kembali. Cahaya disedut sekali lagi. Cahaya kembali. Cahaya disedut sekali lagi. Cahaya kembali. Senior itu amat kecewa melihat Maggie Ayamnya membasahi katilnya. (hahahahahhaaa)
Kejadian 4
Seorang Junior sedang menyediakan Maggienya dengan menggunakan periuk elektrik. Cahaya disedut. Maggie belum masak. Dia tidak ada air panas. Bagaimana dia memakan maggienya?....Dia makan sahaja Maggie yang belum masak itu…sedih betul (hahahahhaahaaa)
Kejadian 5
Seorang Junior makan Maggie goreng. Cahaya disedut apabila dia tercekik. Dia cuba mencari air untuk diminum. Dia tidak berjaya. Dia berlari keluar dari biliknya dan memuntahkan Maggie itu. Bayangkan muntah Maggie dari aras 5 ke aras 4 ke aras 3 ke aras 2 ke aras 1 dan akhirnya ke tanah. Semua aras mempunyai pakaian yang tersidai. Bila cahaya kembali, ada Maggie yang tersidai di sidaian pakaian. Ada Maggie yang ‘terhempas’ ke seluar dalam manusia lain dan baju dan seluar yang lain…(hahahahahahahaa)
Kejadian 6
Kebanyakkan senior dan juga junior amat suka bermain DOTA ALL STAR. Bila cahaya tidak ada, semua pemain menjadi bengang dan bengis kerana tidak berjaya ‘MEMBUNUH’ semua musuh jahanam dalam permainan maya itu. Dan juga tidak menang. Selain merokok untuk melempiaskan kemarahan, mereka mampu menyediakan Maggie di dalam gelap…memang dahsyatlah…setahu saya suasana dalam DOTA itu selalu gelap, oleh itu tidak menjadi masalah bagi mereka untuk mencapai hasrat menyediakan Maggie dan memakan Maggie di dalam kegelapan seperti mencapai hasrat untuk membunuh semua musuh dalam kegelapan.
Kejadian-kejadian tragis dan ngeri di atas yang telah berlaku setakat ini. Ramalan ‘blackouts’ banyak kali sudah disebar-sebarkan. Tunggu sahaja apakah lagi kejadian-kejadian yang amat menghampakan penghuni aras 5 apabila mereka memakan Maggie kegemaran mereka.
Hidup Maggie, berakhirlah semester ini HAHAHAHAHAHAHAA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment